Monday, 24 September 2012

kosong..........

malam ni jiwaku terasa sgt kosong..mana taknya dok di rumah seorg diri tanpa suami di sisi..aku menaip ini sambil air mataku jatuh berlinangan..aduhhh..terasa sunyinya rumah ini tanpa suara melainkan suara dr televisyen..tak snggup aku nk mengharungi keadaan sebegini lg 3ari..Ya Allah cepatlah masa berlalu..yang sebetulnya aku tak boleh hidup keseorangan tanpa suami di sisi..sungguh aku amat merindui dirinya,,

jika aku dikurniakan  cahaya mata mgkin aku tak sesunyi ini..tp siapa aku nk mempersoalkan qadaq dan qadar Allah..aku redha dgn dugaan ini dan aku yakin aku takkan selamanya begini..

oklah..aku nak tido dlu..mata dh letih..doakan keselamatanku..bye...

Friday, 13 July 2012

# Makan2!!! #

bagi aku wanita yang dah berkahwin pasti akan merasakan hubungan dengan ibubapanya menjadi 'jauh' sedikit berbanding semasa wanita ini bujang..wanita yang berkahwin dengan lelaki yg berhampiran dengan keluarga mungkin takkan mengalami masalah ini..berbanding dengan wanita yang berkahwin dengan lelaki yang luar daerah dari keluarganya..contohnya diri aku sendiri..walaupun sg siput - tapah idaklah jauh mana tapi aku akan berjumpa dengan keluargaku hanya sebulan sekali..tiada sesalan di hati cuma mula2 aku rasa agak kekok dengan situasi ini kerana ketika aku bujang dahulu setiap jumaat aku akan pulang ke kampung dan kembali ke tapah hanya pada ari isnin..berbanding dengan sekarang aku harus berkorban dan aku mengharapkan keluargaku memahami situasi diriku ini..huuuu..janganlah risau..walaupn kita jauh tp kalian semua tetap dekat di hatiku..

sebagai jalan untuk mengeratkan hubungan aku,suami dan ahli keluargaku,setiap kali kami balik ke kampung aku dan adik2ku akan merancang sesuatu yang boleh merapatkan hubungan kami..biasanya aktiviti yang akan kami lakukan adalah pergi makan2..kali ni aku uploadkan salah satu destinasi kami sekeluarga menghabiskan masa bersama..










# Tahniah!!! #

entry kali ini aku nak mengucapkan sekalung tahniah kepada suamiku En. Hairy Mishar bin Yaacob kerana telah menerima penghargaan di dalam perkhidmatannya kepada kerajaan Malaysia setelah berkhidmat selama 9 tahun..



bagi aku penghargaan ini amat bermakna buat semua orang yang bekerja..sekurang2nya dengan perhargaan itu akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang..tapi jangan menganggap bahawa kita perlu bekerja dengan kuat semata-mata untuk mendapat penghargaan dari majikan tetapi kita menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan ikhlas supaya rezeki yang kita peroleh pada setiap hujung bulan menjadi lebih berkat..

Sunday, 17 June 2012

# Hari Bapa #

salam semua..


sudah agak lama aku tak mengupdate blog..biasa la aku..agak sibok dan kdg2 tu tak tahu nk update ape..


oklah,entry kali ini aku nak cite cikit pasal bapa a.k.a abah sempena ari bapa pada hari ini..


                                 Ini abah kami 5 beradik..En. Abdul Halim..




kalo korg tgk wajah abah aku ni mesti korg akan ckp abah aku ni garangkan.?memang die seorg yg garang dan sgt tegas orgnye..tp disebabkan ketegasannya itulah yg mejadikan kami 5 beradik insan yg berguna..


papepn selamat ari bapa buat abah..terima kasih kerana menjadi bapa kpd kami..kami syg sgt2 kt abah..muahhhh..

Thursday, 23 February 2012

...~ patah seribu ~...

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

Friday, 10 February 2012

08/02/2012

7hb aritu aku p melaka anto adik aku yg no 4 daftar kt mrsm jasin..sblum ni die kt mrsm lenggong..pas dpt result pmr, die dpt offer smbg belajo kt mrsm jasin..


mula2 dpt tawaran tu mak n abah aku susah ati..yelah adik aku yg sorg ni sgt2 lain dr kami yg 4 beradik ni..die seorang yg sgt lemah lembut dan tak tahu reti nk marah..adik aku si makcik tatiey selalu buli die tp wlupn cenggitu awe ni tetap sabar dan makin syg ke tatiey..lg 1,awe ni dulu msa kt lenggong selalu beno sakitnye..kdg2 dua mgu sekali mesti die demam.masa tu lenggong ngan sg siput idak le jauh mana.perjalanan lebih kurang dlm 30 ke 40 minit je..jd takde le mslh bt mak ngan abah aku nk g jenguk die..bila dh jauh camni mak abah aku riso kalo die sakit sape la nk g jenguk die..aduhai..aku plk tetiba jd rsa sebak..


harapan aku supaya adikku Haizatul Husna aka Hawa lebih tabah berada di sana..jaga diri leklok n belajo rajin2..ingat jasa mak abah yg byk berkorban demi memberikan pelajaran yg terbaik bt kamu..trus terang along ckp yg along nyesal tak belajo rajin2 dulu..kalo tak mgkin kehidupan along lebih baik dari skg..pape pn along bersyukur dgn kehidupan skg dan sentiasa tumpang gembira dgn kejayaan adik2...


adiosss...

Friday, 27 January 2012

...~ haluuuu :) ~...

aktiviti esok:-


7.00am --> breakfast with my hubby


8.00am--> g pasar + PCK + kedai frozen (utk beli stok niaga)


10.00am ---> balik rumah = iron baju nak p kenduri


11.00am --> p ipoh..acu bt kenduri masuk rumah baru


12.00pm  > sampai rumah acu + sembang2 ngan mak,abah,tati,opah,mak sedara n pak sedara


3.00pm --> minta diri balik tapah


4.00pm --> sampai rumah + siap2 nk p bidor (1st day nk niaga)


4.30pm --> sampai bidor + siap2 brg nk niaga


5.00pm - 11.00pm --> niaga


* semoga apa yg dirancangkan utk esok berjalan dgn lancar..InsyaAllah..