bagi aku wanita yang dah berkahwin pasti akan merasakan hubungan dengan ibubapanya menjadi 'jauh' sedikit berbanding semasa wanita ini bujang..wanita yang berkahwin dengan lelaki yg berhampiran dengan keluarga mungkin takkan mengalami masalah ini..berbanding dengan wanita yang berkahwin dengan lelaki yang luar daerah dari keluarganya..contohnya diri aku sendiri..walaupun sg siput - tapah idaklah jauh mana tapi aku akan berjumpa dengan keluargaku hanya sebulan sekali..tiada sesalan di hati cuma mula2 aku rasa agak kekok dengan situasi ini kerana ketika aku bujang dahulu setiap jumaat aku akan pulang ke kampung dan kembali ke tapah hanya pada ari isnin..berbanding dengan sekarang aku harus berkorban dan aku mengharapkan keluargaku memahami situasi diriku ini..huuuu..janganlah risau..walaupn kita jauh tp kalian semua tetap dekat di hatiku..
sebagai jalan untuk mengeratkan hubungan aku,suami dan ahli keluargaku,setiap kali kami balik ke kampung aku dan adik2ku akan merancang sesuatu yang boleh merapatkan hubungan kami..biasanya aktiviti yang akan kami lakukan adalah pergi makan2..kali ni aku uploadkan salah satu destinasi kami sekeluarga menghabiskan masa bersama..
No comments:
Post a Comment